Alhamdulillah we have made it to 2019. May Allah continuously blessed us with excellent health, strong aqidah and long lasting prosperity.
First of all, I would like to congratulate young parents who managed to take a day off from their busy schedule to send their first child to kindergarten.
A months (or more) of preparation and when the time comes, saying goodbye on that first day can be the hardest moment for both parents and children. I believe most of the kindergarten nowadays have conducted first day of school activities that involve parents and children. This activity is important not only to reduce the separation anxiety between parents and child but for all parties, to get to know the teachers and other parents as well.
My teachers and I had been very busy with our first week of school too. Every year is pretty much the same scenario. All in all, alhamdulillah we managed to seize the day. My friends from other Little Caliphs branches had their fair share of experience on handling the first day of school. It was a funny and heart warming stories to hear.
May Allah blessed and give enough strength for our beloved teachers in handling everyday situation with their students. May they always be kind and nurturing to our children, love and care for them as the same way as we do.
If you are a teacher and you are reading this, I would like to share with you a msg I received from my dear friend, it is called ‘TIGA BELAS MOTIVASI UNTUK PARA GURU’ I hope we all can benefit from the points given
MOTIVASI PERTAMA Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma’siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
MOTIVASI KEDUA Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu ‘MASTER PLAN’ orang-orang besar. MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do’a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do’a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
MOTIVASI KESEPULUH Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
MOTIVASI KESEBELAS Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
MOTIVASI KEDUA BELAS Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
MOTIVASI KETIGA BELAS Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA
“Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah”.
I’m very excited during the first few month of new year because during this period, I’ll be around all states in Malaysia to conduct Fast Reading Technique Seminar. I’ll update more on this in my next entry so please stay tune.