Assalamualaikum w.b.t

Dear parents of Little Caliphs,

As I have mentioned in my previous entry, I will visit a number of Little Caliphs Kindergarten around Malaysia to conduct Fast Reading Technique (FRT)Seminar for 2019.

As of date, I have attended my first two FRT Seminar in Ipoh and Manjung, Perak which was on 5th and 6th of January 2019. Subhanallah Tabarakallah, it has been a very wonderful experience. I had a great time meeting new parents and teaching them how to teach their young ones how to read in a fun and creative ways.

Thank you to all parent from Little Caliphs   Kpg Melayu, Little Caliphs Taman Botani, Little Caliphs Kamunting, Little Caliphs Kuala Kangsar, Little Caliphs Meru, Little Caliphs Manjoi, Little Caliphs Tambun, Little Caliphs Bercham, Little Caliphs Klebang, Little Caliphs Bandar Seri Iskandar, Little Caliphs Batu Gajah, Little Caliphs Manjung and Little Caliphs Teluk Intan for attending the seminar. It was indeed a huge crowd, more than 1000 pax. Kudos for the organizer for making the seminar a great success.

I would like to share a Facebook status from one of our Little Caliphs parents, Pn. Erna Nadia. Pn. Erna is a doctor, she has attended the FRT Seminar in Ipoh and here’s what Dr Erna has reviewed.

Alhamdulillah.
Hari ni saya berjaya juga menghadiri ‘Fast reading technique 2019’ anjuran Little Caliph.
Alhamdulillah juga dah 2 tahun anak saya bertaska dan berkeluarga di Little Caliph.
Alhamdulillah dipertemukan dengan cikgu cikgu yang MashaAllah baik dan tabah je mengajar anak anak kecil membaca, mengaji, menghafal in a fun way!
Dan syukur nya hari ni saya berkesempatan bertemu dan mendengar ilmu yang disampaikan sendiri oleh Consultant and Academic Author of The Little Caliphs Program, Hajjah Sabariah Faridah Jamaluddin aka Teacher Fari.
Dah lama dengar pasal Teacher Fari dari kawan kawan.
Tak sangka dapat juga bertemu mata and Masha Allah terkejut sangat bila Teacher Fari kenal saya😅
Banyak ilmu yang saya kutip dari seminar hari ini.
Tahun lepas saya tak hadiri akibat kekangan kerja.
Patutlah masa dapat fast reading kit tu tahun lepas, saya blur tahap gaban. Dok pikiaq nak ajaq lagu manaa ni.
Tapi, biar lambat janji dapat.
Kan?😊
Saya suka taska taska begini kerana anak anak kecil belajar dalam keadaan gembira.
Yes.Paling penting adalah kasih sayang dan kelembutan.
Jangan paksa.
Setiap anak anak, malah yang dewasa juga, tahap penerimaan ilmu adalah berbeza beza.
Saya tertarik dengan kajian tentang faktor tarikh hari lahir juga memainkan peranan dalam proses penerimaan dan pembelajaran. Maksudnya, kalau anak anak tu lahir di hujung hujung tahun, janganlah marah bila dia masih belum pandai sesuatu jika diberi ilmu di awal awal tahun.
Rilek, chill dan bagi anak kita masa.
Saya juga belajar tentang betapa pentingnya membedung bayi semasa kecil. Ianya untuk menguatkan otot otot bahu bayi kita. Jika kita dah terlepas nak membedung, kita boleh cuba untuk letakkan bola plastik(yang ringan2 je) di belakang bahu anak kita dan minta dia sandarkan pada dinding dan cuba kawal bola dari tidak terjatuh. Dari aktiviti ini juga boleh menguatkan otot bahu.
Bedung ye.
Saya tak sebut apa apa pasal barut😊
Jangan bagi walker pada anak anak kecil kita.
Biar mereka melalui setiap fasa perkembangan dengan elok.
Biar mereka mengalih badan, angkat badan, merangkak, cuba berdiri dan berlari lari. Biar.
Ajar mereka makan minum dengan sendiri.
Ajar mereka gunakan tangan untuk menulis.
Banyak kanak kanak sekarang yang fine motor skills mereka tak berapa bagus.
Salah satu sebab adalah kita bagi gadget.
Dan mereka banyak tekan tekan gadget jelah.
Jadinya,ransangan otak mereka tidak sekata.
Baru saya tahu rupa rupanya kanak kanak suka menulis dalam bentuk vertical. Patutlah budak budak suka conteng dinding. Jadi, apa kita boleh buat adalah lekatlah kertas majong ke,manila card ke kat dinding dan biarlah mereka conteng puas puas kat kertas tu.
Baru saya tahu kanak kanak lelaki tak suka suara yang nyaring, jadi kena berlembut.
Ajar mereka menyebut dengan betul.
Bukan pelat pelat.
Jika membaca, sebut perkataan itu dengan betul.
Jika kita mahu anak anak pandai English, kita juga kenalah belajar cakap English dengan mereka.
Don’t be shy.
Sama sama belajar dan lebih bagus.
Jangan paksa mereka untuk membuat sesuatu.
Jika mereka suka menghafal surah atau abjad dalam keadaan bermain, let them be. Asalkan mereka belajar.
Kanak kanak yang gembira inshaAllah adalah kanak kanak yang berjaya.
Siapa yang suka kena paksa kan?😘
Jangan bagi mereka tengok video yang tak elok.
Kita boleh menghalang.
Jangan biarkan.
Limitkan masa dengan gadget.
Ingatlah yang kita dikurniakan dengan amanah Allah iaitu darah daging kita sendiri. Siapa lagi yang nak mencorakkan anak anak kita menjadi umat Islam yang berjaya, pemimpin berwibawa, kalau bukan kita,kan?
Everything starts at home.
Jika nak bagi tengok video atau tv, bagilah tengok channel yang bagus seperti Nickelodeon. Biar mereka dengar dan belajar English dari video video yang bagus untuk kanak kanak. Kita pun boleh join sekali, kan?
Dan yang paling PENTING,luangkan at least 5 minutes a day ( 5 minit sehari) untuk mengajar anak anak kita membaca dan mengenal huruf. 5 minit yang bermakna.
Sebab budak budak ni mana lah boleh fokus lama lama kan.
Mulalah dengan satu huruf sahaja dulu sehari pun tak apa.
Ajar dengan ekspresi.
Budak budak sangat suka ekspresi.
Contoh, awak nak sebut Ba, boleh try imitates a ball.
Ba ba ba( sambil buat gaya bounce bola).
Tunjukkan huruf besar dan kecil.
Budak budak ni Allah jadikan otak mereka seperti span. Cepat betul dia menyerap apa yang dia nampak dan dengar. Subhanallah.
Berkatalah perkataan yang baik baik pada mereka.
Jangan marah.
Don’t kill their motivation.
Bila depa dah semangat, jangan bunuh semangat mereka.
Kita patut semangat sama atau lebih lagi.
Dannnnnn
Tidak ada pil ke jus ke kismis ke yang boleh menjadikan sesiapa bijak pandai ye.
Usaha usaha usaha doa dan tawakal.
Don’t be a lazy bumps.
Banyak lagi yang saya nak kongsi.
Maybe saya akan cuba buat satu posting khas untuk ini.
Cuma nak cakap.
Teacher Fari,
Terima kasih sebab tubuhkan taska, sekolah dan tahfiz yang hebat hebat. Ilmu yang mereka dapat inshaAllah berguna di dunia dan di akhirat❤️
Harap saya boleh jadi sehebat Teacher Fari💪🏻
Dr. Erna Nadia
Taktahu nak sedih atau gembira bila anak dah hafaz beberapa surah walau baru 4 tahun (sebab cikgu yang ajar, bukan diri sendiri😢)

Read full entry from here, https://www.facebook.com/dr.t0iek/posts/10156459190716919

Alhamdulillah, I hope everyone finds the training to be fruitful and just like Dr. Erna did, willing to share their experience with others who are unable to come. I pray that this ilm will continuously flow and benefit the parents and their children.

If you are interested to join this seminar, please contact your kindergarten principals or managers and check out our seminar schedule for time and dates near you.

All parents of Little Caliphs nationwide are invited!

Yours truly,

Tc. Fari

menu-circlecross-circle