Masih ramai antara kita yang belum mahir membaca AlQuran. Mungkin atas faktor kekangan masa, terlalu sibuk dan ada juga yang tak pernah membaca ALQuran sejak kecil. Namun, tiada had umur untuk mereka yang mahu belajar. Selagi masih hidup, selagi itu kita masih ada kesempatan untuk belajar membaca AlQuran. Ikuti perkongsian cerita dan tips oleh  Maryam Amirebrahimi, bagaimana beliau menuntu ilmu dan membahagi masa untuk belajar AlQuran.

Aku mula bercinta dengan AlQuran setelah balik umrah. Aku pun tidak tahu kenapa tapi melihat Kaabah berada di depan mataku seolah olah menusuk di kolam jiwaku yang sangat dalam. Aku menangis kerinduan. Aku menangis kelemasan mengenangkan dosa-dosaku. Aku menangis keinsafan. Balik ke Amerika aku berazam untuk mengenal Allah dan car ayang terbaik ialah melalui Al Quran. Sekian lama aku tidak mengaji, sekian lama aku telah meninggalkan punca hidayah untuk ku.

Aku cuba sedaya upaya untuk mendekati Quran. Sekian lama meninggalkannya aku pun dah lupa macam mana nak mengaji. Aku terpaksa merangkak membacanya. Aku berazam unutk membaca 5 muka surat sehari.

Satu hari ibuku terdengar aku membaca. “Maryam, apa kata maryam baca terjemahan Quran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kamu faham apa yang kamu baca”, kata ibu bersahaja.

Aku pun memulakan membaca terjemahan Quran dalam bahasa Inggeris. Mashaa Allah ketika ku hidup ku berubah. Sedikit demi sedikit aku lebih memahami apa yang Allah cuba berbicara padaku. Aku terkesima dengan keindahan AlQuran. Aku membuat keputusan untuk menghafalnya.

Aku mengambil masa 7 tahun untuk menghafal Al Quran. Semasa menghafalnya aku sibuk juga dengan kerjayaku oraganisasi dan keluarga. Hanya satu ketika aku mengambil keputusan unutk ke Mesir agar aku dapat belajar Bahasa Arab dan focus 2 jam sehari untuk mengahfal Al Quran. Sebenarnya itu hanyalah 11 bulan selainnya aku menghafal Quran di antara hari hariku yang sangat sibuk dengan pelbagai acara.

Jadi izinkan saya berkongsi 10 tips untuk orang yang serius untuk menjadikan Al Quran sahabatnya

1. Tahu kenapa kita perlu mendekati Quran dan ketahuilah Allah adalah petunjuk kita.

Kalau kamu hendak ‘the best of both worlds’ kamu hanya akan dapat dengan berkawan dengan Quran Membaca, memahami dan mengamalkannya. Kuncinya ikhlaskan niat. Niat belajar Al Quran dan menghafalnya benar-benar kerana Allah. Niat juga agar bila kita berkawan dengan Al quran masa yang dipergunakan unutk membaca , menghafalnya adalah satu saham akhirat untuk kita

The Prophet ﷺ (peace be upon him) taught us, ‘The Qur’aan will meet its companion on the Day of Resurrection when his grave is opened for him, in the form of a pale man. It will say to him, ‘Do you recognize me?’ He will say: ‘I do not recognize you.’ It will say: ‘I am your companion the Qur’aan, who kept you thirsty on hot days and kept you awake at night. Every merchant benefits from his business and today you will benefit from your good deeds.’

Ketahuilah setiap langkah dan kesusahan kita membaca dan menghafal Al Quran adalah langkah bertemu Allah swt

Allah Most High says in a Hadith Qudsi (record containing the words of God), “When my servant takes one step towards Me, I take ten steps towards him. When my servant comes walking towards me, I come running towards him.” Recognize that you are not alone; that it is the One Who revealed these words Who will help you learn and retain them. The struggle must begin with the servant, but the Lord is the One Who will continually open the way and aid you through the struggle.

2. Jika ianya susah, ganjarannya berganda 

Jangan putus asa. Merangkak-rangkak perlahan akhirnya berlari.

For you, the Prophet ﷺ has shared words of encouragement, “Such a person who recites the Qur’an and masters it by heart, will be with the noble righteous scribes (in Heaven). And such a person exerts himself to learn the Qur’an by heart, and recites it with great difficulty, will have a double reward,” (Muslim).

3. Carilah guru dan guna teknologi 

Susah untuk aku mencari guru yang istiqamah dalam menolongku. Lalu aku mencari seorang kawan yang mempunyai niat yang sama dengan ku. Kawan-kawanku mengajar untuk memperbaiki tajweed dan memberi semangat agar aku teruskan niatku.

Aku berterima kasih pada guruku Shaykh Moheb. Alhamdulillah beliau telah mengajar ku tafsir Quran dan memotivasikan aku agar beramal dengan ajaran dan tuntutan Quran. Kalau anda belum lagi menjumpai guru yang boleh membantu, doalah pada Allah, InshaAllah Allah swt tahu kesungguhan kita, Allah pasti akan membantu

Selain dari guru aku juga menggunakan teknologi untuk mengajarku. Sekarang ada pelbagai aplikasi percuma yang kita boleh ‘download’ supaya Quran berada dekat di hati.

4. Memberi masa untuk Quran 

Semasa saya menjadi Presiden Persatuan Islam di kolej saya sangat sibuk tapi setiap hari saya akan beri masa untuk Quran. Ketika itu saya tidak akan menjawab telefon mahupun sebarang panggilan kerja. Masa itu memang saya dah blok untuk ‘dating’ saya dan Al Quran.

5. Berkorban demi Al Quran 

Ada ketikanya yang saya terpaksa meninggalkan majlis atau tidak dapat memenuhi undangan kerana pada waktu itu adalah ‘date’ saya dengan Al quran. Ya, kadang-kadang saya rasa saya terpaksa tinggalkan keseronokan..tapi itulah tuntuan pengorbanan jika kita hendak memahat Quran di hati dan minda kita. Janganlah risau mudahan keseronokan yang kita kecapi di akhirat nanti akan dilipatgandakan oleh Allah swt

6Doa , doa dan terus berdoa 

Say memang berdaa terutama waktu watu ijabah iaitu masa masa yang Allah maqbulkan dua kita. Ada masa dan ketika kita merasakan kita tewas, kita lambat, tiada kemajuan dalam hafalan tiada apa-apa…blank! Sabar, doa dan sabar. InshaAllah , Allah pasti akan maqbulkan du’a kita.  

7. Memahami apa yang kita baca dan hafal 

Hafalan akan lebih mudah jika kita tahu serba sedikit makna ayat yang kit baca…itulah sebabnya saya belajar Bahasa Arab. Saya tidak fasih dlalam banhasa Arab tapi sekadar untuk memudahkan saya membaca dan menghafal Al Quran. Jika kita susah dan liat untuk bersama Quran…bersedekahlah. Semasa bersedekah du’alah agar Allah pernaiki niat kita, Allah terima du’a kita dan Allah mudahkan segala urusan kita.

8. Berbakti pada ibu bapa 

Saya teringat kata-kata dari Imam Soheib Webb, jika kita ingin menghafal Quran kita harus berbakti kepada ibu bapa. Kerana dengan berbakti kepada kedua orang tua kita akan memudahkan urusan kita dengan Quran. Aku mengambil nasihat imam Soheib dan aku cuba menggembirakan hati ibu bapaku semampuku. (Thanks mom and dad!)

Yang mustahak bila bersama Al Quran adalah adakah kita menjadi orang yang lebih baik. Adakah kita telah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.? Adakah kita telah menuju transformasi aqal jiwa dan jasmani? Itu lah yang penting. Itulah matlamat berkawan dengan Quran agar ajaran AlQuran terpahat di hati dan sanubari, dan quran telah menjadi sahabat dikala sunyi dan menenagkan jiwa dikala sepi.

“Those who believe, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest,” (Qur‘an, 13: 28).

menu-circlecross-circle