Pada suatu ketika dulu aku didatangi seorang ibu yang bertanya soalan berikut, “Bilakah  harus kita melatih anak kita berpuasa cikgu? Boleh kah kita bermula seawal usia 4 tahun?”

Hmm….aku pun balik dan mengeluarkan kitab mengenai tarbiatul aulad, kitab-kitab yang ditulis oleh ulama Islam mengenai pendidikan kanak-kanak. Dan saya telah berjumpa dengan beberapa tips yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w mengenai bagaimana hendak mendidikanak-anak kita berpuasa.

Seperti yang kita ketahui Rasulullah s.a.w menyuruh kita melatih anak kita solat 5 waktu sehari semalam pada usia 7 tahun dan jika mereka tidak solat pada usia 10 tahun,Rasulullah s.a.w menizinkan kita mendenda anak kita agar mengajar pada mereka peri pentingnya solat 5 waktu.Tetapi tiada sebarang hadith pula menyebut bilakah waktu yang harus kita melatih anak kita berpuasa tetapi kebanyakan ulama bersepakat untuk memulakan didikan berpuasa itu seawal munkin agar mereka dapat melakukan ibadah puasa dengan baik apabila mereka mencecah umur baligh.

Generasi sahabah memulakan latihan anak berpuasa seawal usia 5 dan 6 tahun. Ada sebuah cerita pada zaman sahabah bahawa pada bulan Ramadhan mereka akan melatih anak-anak berpuasa dan jika anak-anak mereka lapar mereka kan memberi mainan yang dibuat dari kulit dan bulu binatang agar anak-anak  leka dan terlupa akan lapar dan dahaga yang dirasainya. Lama kelamaan anak-anak akan menjadi lazim dan faham apa itu erti berpuasa dan tidak lagi meminta makan dan minum ketika waktu mereka berpuasa.

Ada juga pendapat ibubapa yang khuatir jika anak berpuasa munkin akan terbantut tumbesaran mereka. Berpuasa bukan mendera anak hingga tidak memberi  makan, hanya pada ketika bulan puasa kita memindahkan waktu biasa mereka makan pada waktu yang ditetapkan oleh syarak dan kita masih lagi boleh menyediakan makanan yang seimbang dan nutrisi yang mencukupi pada waktu maghrib dan sahur.

Selalaunya pengalaman dari anak-anak yang berpuasa , mereka akan merasa lapar dan dahaga pada hari pertama hingga hari ketujuh bulan Ramdhan jika mereka berjaya untuk berpuasa pada hari-hari tersebut…hari-hari berikutnya adalah lebih mudah. Tapi jika mereka gagal…tidak mengapa, kita cuba lagi dan berilah lagi galakan yang positif agar mereka dapat mengahabiskan satu hari berpuasa.

Kita juga boleh melatih mereka menurut tahap kemampuan mereka. Pada hari pertama dan kedua mereka boleh berpuasa hingga waktu zuhur,kemudian pada hari-hari berikutnya mereka boleh berbuka pada waktu asar dan hari-hari yang seterusnya galakkan mereka berpuasa hingglah maghrib.

Izinkan saya memberikan beberapa tips untuk mendidik dan melatih anak-anak kita berpuasa berdasarkan pengalaman saya dengan anak-anak saya sendiri dan anak-anak di tadikan saya.

Sebelum Ramadhan, pada bulan Syaaban

Cuba sediakan minda mereka bahawa tidak lama lagi pada bulan Ramadhan kita akan memulakan berpuasa. Galakan mereka bertanya apa itu puasa, kenapa harus berpuasa dan bagaimana hendak berpuasa. Ibu bapa boleh menggunakan kaedah membaca buku cerita, bernasyid dan bercerita kisah ibu bapa sendiri bagaiman papa dan mama berpuasa masa kecil dulu berasama atok dan opah. Tanamkan benih pengertian dalam minda mereka bahawa bulan Ramadhan itu bulan yang sangat mulia dan special.

Berpuasa di bulan Ramadhan

Waktu iftar

Sebelum waktu berbuka puasa tiba, ajaklah anak anda membeli makanan kegemaran mereka atau memasakkan makanan kegemaran mereka. Ingatkan juga kepada anak agar tidak membazir. Makanlah bersama semasa buka puasa dan ucapkan tahniah kepada anak-anak jika mereka dapat tahan berpuasa sehari tanpa berbuka. Ibubapa juga boleh membuat carta motivasi, di mana jika anak telah berpuasa sehari, mereka boleh mendapat satu bintang dan galakan mereka mengumpul bintang sebanyak munkin dan bintang-bintang yang terkumpul boleh ditukar dengan baju raya dan kasut raya yang cantik.

Semasa watu sahur

Sebelum tidur peringatkan pada anak  “Adik, nanti mama kejut jam 5 untuk sahur, adik bangun ya.” Saya ingat lagi ayah saya mendukung saya semasa sahur agar saya dapat duduk bersahur bersama. Tersengguk sengguk juga semasa waktu makan tu, anak-anak saya pun bergitu ,ada yang tertidur terus di sebelah pinggan… tapi tak pe…yang pasti kita jangan malas dan pututs asa dalam mendidik anak anak kita berpuasa.Pastikan mereka tidur awal agar dapat bangun sahur dengan baik.

Semasa berpuasa

Semasa anak-anak berpuasa pastikan adik-adik  kecil yang lebih muda tidak makan atau minum di depan mereka, dan jika mereka merengek, sebenarnya mereka perlukan perhatian, maka ketika itu  lekakan mereka denga bermain bersama mereka , ajak jalan-jalan cari makan dan juga menganjurkan rekreasi yang ringan. Jika mereka habiskan puasa seharian, jangan lupa untuk mencium dan memuji mereka dengan perkataan Mashaa Allah Alhamdulillah dan beri mereka berita gembira bahawa Allah swt dan nabi Muhammad sangat bangga dan mengasihi anak anak yang berpuasa

Beberapa ulama tidak mendapati bahawa anak-anak yang dilatih berpuasa seawal umur 5 tahun mempunyai beberapa kebaikan:

11) Dapat merasakan kerjasama yang diberikan  sesama menjadikan ahli keluarga menjadi lebih rapat dan bahagia dengan rahmat Allah swt. Anak-anak kurang degilnya dan memberi kerjasama yang baik hasil didikan ibu bapa yang sabar dan komited untuk mengajar anak mereka berpuasa.

22)  Menyemai dalam diri mereka agar menjadi hamba Allah yang beriman yang menurut perintah Allah walau harus bersusah payah.Mereka berjaya melawan hawa nafus demi meraih kasih sayang Allah swt. Berpuasa juga dapat membina rasa empati terhadap orang yang lebih susah dari kita dan rasa bersyukur atas segala pemberian Allah kepada kita

33) Anak-anak yang berpuasa mempunyai disiplin diri. Ini dalah satu sifat orang yang berjaya. Jika anak-anak boleh menjaga waktu, mendengar kata dan mendisiplin diri dan mengawal nafsu mereka, Inshaa Allah anak-anak ini akan membesar menjadi anak yang hebat satu hari nanti.

Akhir kata, ajarlah anak-anak anda seperti yang dipesankan Rasulullah (saw) kepada Ibn Abbas:

“…… Ketahuilah bahawa kemenangan datang melalui pertahanan dan bantuan datang dalam kesusahan dan bahawa dengan kesusahan datang kejayaan.”

menu-circlecross-circle