Assalamualaikum wbt.
Para pembaca sekalian,
Saya ingin berkingsi petikan rencana MStar yang telah di tulis oleh Puan Afiqah Razali dua tahun yang lepas. Alhamdulillah semakin hari Little Caliphs telah mendapat tempat di hati para ibu bapa dalam pemilihan tadika untuk anak-anak. Terkini, Little Caliphs International telah pun mengembang sayapnya di Indonesia. Sambutan yang luar biasa, pendaftaran anak-anak semakin bertambah dengan adanya aktiviti dan program menarik yang turut mendapat sokongan dan liputan dari pihak media.
SUDAH menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak terutama hal-hal berkaitan agama sebagai bekalan hidup dengan amalan dan akhlak yang disegani.
Bagaimanapun, perubahan zaman mendorong pihak lain untuk turut sama melaksanakan tugas penting itu pada usia awal kanak-kanak.
Walaupun ia sesuatu yang tidak mudah, terutama pada usia seawal empat tahun, namun ada pihak yang mencabar keupayaan diri untuk memastikan anak-anak itu mula memahami agama dan seterusnya mempraktikkan amalan murni itu.
Namun, inisiatif yang dijalankan The Little Caliphs Program ini adalah langkah yang bijak dalam memupuk semangat cintakan Islam.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Litte Caliphs International Sdn Bhd, Roslan Nordin dan pengasas bersama yang juga isterinya, Sabariah Jamaluddin berkata, pada mulanya mereka berhasrat untuk buka tadika yang berkonsepkan islamik.
“Hasrat kami tercapai selepas membuka tadika di rumah sendiri di Seksyen 7, Shah Alam pada 2003,” kata Sabariah yang juga Ketua Pegawai Akademik Little Caliphs International Sdn Bhd. The Little Caliphs Program menawarkan tujuh modul pembelajaran yang berkesan dan senang difahami bagi kanak-kanak seawal usia empat tahun.
Antara modul-modul itu ialah Pendidikan Islam, Teknik Membaca, Kosa Kata, Kemahiran Bahasa Inggeris, Matematik, dan juga Sains.
“Di sini, kami terapkan kaedah pembelajaran yang berlandaskan Islam,” ujar pasangan usahawan berusia 51 tahun ini.
The Little Caliphs Program ini mula mendapat sambutan ramai ibu bapa setelah melihat kejayaan anak mereka dalam akademik dan juga agama.
“Saya terima banyak respon positif daripada ibu bapa yang lihat perubahan anak mereka selepas dihantar ke tadika ini.
“Mereka tidak sangka anak-anak mereka mampu untuk membaca dan mengaji dengan lancar. Ada juga sudah pandai bersolat tanpa disuruh,” katanya sambil menambah pihaknya berhasrat memperluaskan operasi ke negara jiran, Indonesia tahun depan.
Program yang diterapkan di lebih 260 cawangan tadikanya di seluruh negara sebagai persediaan awal untuk melatih kanak-kanak mempraktikkan pendidikan Islam dalam kehidupan harian.
Sumber: LINK
Assalamuaikum ibu bapa yang dihormati sekalian. Seringkali dalam kehidupan seharian kita, kita akan melalui saat-saat seperti ini yang tidak asing lagi. Dan kadang-kala, di saat-saat begini, kita kaget dan sering tersilap kata dalam usaha untuk menenangkan atau memperbaiki keadaan. Di sini saya kongsikan tip-tips bagus yang diberi kepada saya, yang ada baiknya jika ibu bapa terapkan ke dalam minda agar bersedia dengan cara-cara positif untuk memujuk dan memupuk hati anak, insyallah taala,
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:”tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:”Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Wassalam.
Sejuk hati ibu bapa apabila yang lahir dari bibir anak-anak kita adalah kata-kata cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw, cita-cita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, apatah lagi apabila mereka tahu untuk menghormati ibu bapa dan guru.
Lihatlah si kecil cilik ini, Ikhwan Rayyan Hafiz, 4 tahun dari Little Caliphs.
Pasti takkan jemu ibu bapa yang melayan telatah anak-anak sebegini.
Insyallah, saya mendoakan semua ibu bapa di dunia ini mempunya anak-anak yang soleh dan solehah, dan mengharumkan nama Islam. Amin.
Ibubapa yg dihormati,
Anak-anak ibarat kain putih yang suci bersih dari semasa mereka dilahirkan…
Andalah yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk mereka..
Siapa mereka hari ini? Samada mereka masih kecil atau makin meningkat umurnya, sesungguhnya kitalah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak, bagaimana kita mendidik mereka.
Adakah mereka telah mengenal Allah, pencipta mereka, sedari kecil?
Tahukah mereka sebutan dan makna syahadah?
Sudahkah mereka diajar cara solat yang betul dan istiqamah melaksanakannya 5 waktu sehari semalam, bermula 7 tahun atau paling lewat 10 tahun ke atas?
Kenalkah mereka dengan huruf-huruf AlQuran dan pandai membacanya?
Kenal dan cintakah mereka pada Nabi kita Muhammad s.a.w dan diterapkan usaha mengamalkan sunnahnya?
Ya, dari kecil..dari kecil mereka sudah perlu dididik dengan ini semua.
Kerana apa yang mereka belajar terutama dari umur 4 tahun, insyaAllah akan melekat hingga mereka dewasa.
Ingat sahaja, seketika umur berapa kita belajar solat, membaca Al-Quran serta mengenal Allah dan Rasul? Jika bukan jasa ibu ayah atau guru-guru sekolah terdahulu, pasti kita masih merangkak-rangkak mencari apa itu Islam? Dari mana kita datang dan kemanakah kita akan kembali?
Bersyukurlah atas nikmat iman dan Islam yang Allah swt anugerahkan pada kita semua..
Moga generasi anak-anak ini mendapat pendidikan islam yang baik untuk pembinaan iman mereka.
Doa kami, agar semua ibubapa dan para pendidik di Little Caliphs dapat jalankan amanah menyampaikan Islam sebaiknya.. Aameen!