Assalamualaikum ibu bapa dan guru-guru tersayang,
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah coretan yang merupakan peringatan yang baik buat diri kita dalam aktiviti seharian kita. Lihatlah niat masing-masing, lihatlah wajah anda di cermin dan lihatlah senyuman manis anak-anak anda. Mereka adalah hasil acuan anda sekalian.
Dari seorang rakan, guru dan operator yang saya hormati….
                           >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Assalamualaikum w.b.k,
Ada pertanyaan dari seorang principal/ academic advisor sebuah sekolah LC, bagaimana ingin menjadikan teachers lebih bersemangat buat lesson plan, mengajar dengan sempurna dan membuat deko kelas serta abm seperti yang dikehendaki oleh “The Little Caliphs Program.”
Saya menjawab, sebenarnya itu semua bergantung kepada niat seseorang dalam melaksanakan tugasnya.
Pertama sekali: Jika beliau berniat utk mencari rezeki yang halal lagi toyyib, teacher itu  akan sentiasa memastikan dirinya memfokus kepada “KEMENJADIAN” anak-anak didiknya.
Dalam setiap perancangannya hari-hari dan pemikirannya dari malam hari adalah bagaimana untuk melunaskan sesuatu silibus atau pembelajaran kepada anak-anak di depan matanya itu esok hari.
Keduanya, jika teacher itu fokusnya sudah sangat jitu kepada anak-anak didiknya, maka beliau akan dapat melihat banyak tugasan yang harus dilaksanakan dalam masa yang terhad.
Beliau tidak akan membazir masa  memikirkan kepada perkara yang remeh temeh seperti rakan sekerja yang suka bercerita pasal keburukan orang lain atau rakan sekerja yang sentiasa merungut kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat mahupun produktiviti.
Ketiga: Dengan memfokus kepada anak-anak syurga juga teacher akan sentiasa berkata-kata perkara yang baik-baik, bercakap yang baik-baik serta berdoa yang baik-baik buat dirinya, anak-anak didiknya serta sekolah yang memberikan peluang pekerjaan kepada beliau kerana sifat syukurnya itu kepada rezeki yang Allah beri.
Lama kelamaan ketenangan akan bertapak dalam hatinya dan rasa cukupnya Allah campakkan dalam setiap urusan hariannya, walaupun tanpa tangan yg membantu.
 Itulah namanya keberkatan dalam rezeki disebabkan sifat syukur yang sentiasa ditanam dan diamalkan dibibir seorg pendidik dengan kalimah “Alhamdulillah wa syukurillah”.
Pokok utamanya ialah fokus kita “Fokus kepada Kemenjadian Anak Murid” maka insyaallah dengan usaha, doa dan tawakkal serta berharap bantuan Allah yang memberikan  ketentuan dan ketetapan Allah buat diri kita, adalah  yang terbaik buat masa kini menjadikan diri sentiasa bermotivasi dan bersemangat!!
Motivasi apakah lagi selain dijanjikan pahala yang panjang dan tidak putus-putus serta janji syurga di sana nanti.
Kerana syurga yang manis itu memang memerlukan perjuangan yang perit, jerit dan pahit dan insyaallah dengan  iman yang semakin menebal kita yakin bahawa syurga itu tidak dapat diganbarkan kenikmatan yang berkali-kali ganda dengan nikmat didunia serta kekalnya dalam nikmat itu tidak dapat dicapai oleh pemikiran nikmat akal!
Ya Allah limpahkan kami dengan perasaan Qanaah, syukur atas nikmat rezekimu mengurniakn kami suasana kerja  di kalangan para soleh dan orang-orang yang mukhlisin. Itulah nikmat didunia semoga kau berikanlah kami bersama-sama orang-orang ini di syurga nanti.
Teacher Fiza
LC GMi
p/s : mode menjawab soalan-soalan motivasi dan meningkatkan motivasi diri sendiri juga ?
menu-circlecross-circle