Puteri Islamik yang Menginspirasikan Minda Muslim Cilik — Princess Solehah kini di Pentas Dunia Abu Dhabi.
Evergreen EduPress PLT (anak syarikat Little Caliphs® International Sdn Bhd) dengan bangganya mengumumkan kejayaan dan penyertaan antarabangsa watak istimewa Princes Solehah di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi (ADIBF) 2025 yang akan berlangsung dari 26 April hingga 5 Mei di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC).
Sebagai sebahagian daripada delegasi rasmi Malaysia yang diketuai oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, jenama watak ini akan ditampilkan secara utama di Gerai 8C25 bersama koleksi lain terbitan Evergreen EduPress PLT.
Karakter yang membawa watak puteri Islamik pertama seumpamanya yang direka untuk memupuk nilai Islam, ciri-ciri kepimpinan dan akhlak mulia kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun. Dilancarkan sejak 2014, beliau kini menjadi ikon lengkap yang merangkumi:
Kesemua buku ini ditulis oleh Datin Dr. Hajjah Sabariah Faridah Jamaluddin, pemegang PhD dalam bidang kepimpinan awal kanak-kanak Islamik dan disokong oleh penulis bersama seperti Datuk Haji Roslan Bin Nordin (Co-Founder Little Caliphs®), Siti Farhan Mohamed, Sister Uzma, dan Abdun Nizar Ahmad. Ilustrasi yang indah pula dihasilkan oleh Siti Rohaizad Fadzila, yang menghidupkan suasana Kerajaan Iremia dengan warna, ceria dan nilai Islam.
Koleksi Buku Cerita Princess Solehah 2025 (Umur 4–7 Tahun):
Semua ini akan dipamer dan dibuka untuk rundingan hak cipta di ADIBF 2025.
Kehadiran beliau di ADIBF 2025 menjadi detik bersejarah bagi sastera Islamik kanak-kanak Malaysia untuk menembusi pasaran Timur Tengah, Asia Selatan dan antarabangsa.
Evergreen EduPress PLT menjemput semua pengunjung, ejen hak cipta dan rakan strategik untuk mengunjungi Gerai 8C25 dan merasai sendiri bagaimana jenama ini mampu menjadi inspirasi kepada generasi anak-anak Muslim dunia.
Please record your message.
Record, Listen, Send
Click "Allow" in the permission dialog. It usually appears under the address bar in the upper left side of the window. We respect your privacy.
It seems your microphone is disabled in the browser settings. Please go to your browser settings and enable access to your microphone.
00:00
Are you sure you want to start a new recording? Your current recording will be deleted.
Error occurred during uploading your audio. Please click the Retry button to try again.